|
| Rawatan Akupunktur dan Herbal Cina Akupunktur adalah satu daripada perubatan yang tertua didunia yang sering digunakan bagi menyembuhkan penyakit. Ditemui di China pada 3,500 tahun yang lalu, dan hanya selepas 3 dekad ia menjadi salah satu daripada perubatan yang terkenal di seluruh dunia. Di kuala Lumpur terdapat satu pusat rawatan yang tertua dan terkenal di Malaysia yang di jalankan oleh seorang "Chinese Master" Akupunktur adalah kaedah
memasukkan jarum halus (kadang kala ia mendorong kuasa elektrik untuk
berhubung) ke permukaan badan, secara teratur untuk mempengaruhi fungsi
fisiologi ke keseluruhan badan.
Ilmu Perubatan Tradisional
Cina percaya terdapat lebih 2,000 titik akupunktur pada badan manusia,
dimana ia akan berhubung dengan 20 lorong (12 yang terbesar, 8 tambahan)
dipanggil meridian. Meridian
akan mengalirkan tenaga atau qi (sebutan "chi"), di
antara permukaan badan dan dalaman badan. Setiap titik mempunyai kesan yang berbeza di setiap qi yang melepasinya.
Qi adalah kepercayaan yang dapat membantu mengatur keseimbangan di dalam
badan. Ia adalah
dipengaruhi oleh kuasa bertentangan dari yin dan yang, di mana ia
menggambarkan kuasa serta tenaga positif dan negatif di alam semesta
serta badan manusia. Akupunktur
percaya, dengan menahan keseimbangan yin dan yang, ia membenarkan aliran normal dari qi ke seluruh badan dan menyimpan tenaga
kepada ingatan dan terus ke badan.
|